Pages

Friday, 22 November 2013

Peaceful of Mind : Edinburgh, Scotland

Edinburgh Castle (Google)
'Recapping memory of never being away from mom in 2009' - menjadikan keinginan untuk berjalan ke tempat orang tu semakin membuak-buak. Maklumlah, Farah tak pernah jauh dari rumah dan family. Tak pernah masuk boarding school, matrikulasi pun di Shah Alam, buat degree pun di Universiti Malaya. Semuanya hanya 30 minit perjalanan dari rumah mummy di Subang Jaya (masa tu). Peluang untuk attachment di Western General Hospital, Edinburgh, Scotland memang macam dalam mimpi. Masa tu umur Farah 25 tahun. Mummy nangis masa hantar anakanda di KLIA sebab tengok kita ni kecik dan pergi sorang-sorang. Walhal anakanda tersenyum gembira. Hehehe..

Princes Street Garden berlatarbelakangkan Bank of Scotland Headquarters dan the Free Church Assembly Hall
 Princes Street garden ni memang menjadi tempat tumpuan terutama sekali di musim panas. Garden ni terletak di tengah-tengah bandar Edinburgh berdekatan dengan syurga shopping Edinburgh.

Edinburgh dari Castle Hill view (Sebelah kiri atas bukit tu adalah Edinburgh Castle)
Aktiviti selfie di Castle Hill
Gambar gediks: Edinburgh view from Castle Hill

Selain dari Castle Hill yang terletak di tengah bandar Edinburgh ni, ada lagi satu lagi bukit yang famous kat sini. Arthur's Seat dipercayai terbentuk dari sistem gunung berapi lama (kira-kira 350 juta tahun) dulu. Bukit ni menjadi tumpuan orang mendaki/hiking. Jangan terkejut, ada yang cycle ke atas tu juga.

Arthur's Seat
Kalau ke Edinburgh dengan masa yang limited, jangan risau, seharian memang cukup sangat kalau setakat nak pusing tempat-tempat penting di Edinburgh ni.

Street performer: Traditional Bagpipe dan Man wearing Scottish Kilt
St Gile's Cathederal
Street performance
Street performance
Palace of Holyroodhouse di tepi kaki Arthur's Seat
Bila tengok gambar lama ni, rasa rindu nak ke sana lagi. Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi..Saya tunggu husband saya jadi kaya lah..hihihi (keep dreaming, girl!)

6 comments:

  1. hai kak farah . lama xdtg sini... best nya tempat2 kat edinburgh ni kan. tak pa la kak at least akak dah pernah tinggal kat sana kan .. saya ni xtau bila nak jejakkan kaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Lieya..edinburgh mmg cantik dan life kt sana sgt relax. Very traditional mcm our bandar melaka..hihi

      Delete
  2. Farah kita serupa and that's what happen to me as well bila nak berjauhan from my mom... lagi2 anak sorang...so memang tak pernah berenggang dari kecik sampai besar...sekolah dan uni pun dekat2 jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..mak kita confirm lg risau dari kita sendiri kan..

      Delete
  3. wah bestnyaaaaa.... memang bertuah kak farah dapat g sana^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki deno..sambil2 training :)

      Delete