Pages

Saturday, 12 October 2013

Kerja Kita Ibadah Kita

Human Chromosome (Google Image)

Dah hampir 2 minggu Farah masuk kerja. Sibuknya lifestyle Farah kat KL ni, Allah je yang tahu. Kes-kes patient yang nak di-analyze dan nak report out berderet menunggu. Kesian patients. Kalau ikutkan penat, memang dah lama colapse. Tapi Farah selalu cakap kat junior scientists lain untuk motivate diorang, analyze kes patients ni, buatlah seperti mana kita nak orang urgentkan atau prioritizedkan kes anak kita sendiri kalau anak kita sakit. Sedih bila mengenangkan orang yang kerja di hospital kerajaan ni, buat sambil lewa je. Ingatlah..kerja kita membantu pesakit adalah salah satu ibadah dan boleh jadi sebagai saham kita di akhirat. Nothing else yang kita nak kejar. 

Chromosome analysis yang hari-hari kena hadap, hehehe.. (Google image)

Dan bagi Farah, orang yang kerja di hospital ni ada banyak sangat peluang nak dapat pahala yang berlipat ganda, selain amalan kita yang lain. So please.. jom kita kerja kerana Allah :)