Pages

Monday, 2 September 2013

The Beautiful Sight of Cambridge

Bird's eye view of  Cambridge

Selalu dengar kawan-kawan kat tempat kerja (di KL) balik training dari Cambridge cakap, tempat ni cantik.. so after dicongak-congak cost, kami decide untuk ke Cambridge pada raya ketiga haritu. Yela.. kat sini mana ada open house yang kami boleh terjah pada hujung minggu. Kami naik keretapi dari stesen King Cross (yang ada platform Harry Potter tu) dan sampai Cambridge dalam masa sejam 15 minit. Oleh kerana day visit, kami pilih untuk pergi bandar lama. Teringin nak tengok university famous mereka tu.

King's College Cambridge
Kami visit Cambridge ni dengan cita-cita utama nak tengok King's College yang famous dan tua ni. Tambah pula di belakang kolej ni ada Sungai Cam. King's College adalah kolej tertua bagi University of Cambridge. Mula dibina pada tahun 1441 oleh King Henry VI, dan siap dibina 103 tahun kemudian (1544, King Henry VIII). Nak masuk kolej ni kena bayar GBP7.50 seorang (buat duit betul!hehe)

Interior - King's College Chapel
Interior - King's College Chapel
Pintu masuk kolej ni mesti melalui King's Chapel. Jadi kami ambil peluang nak tengok sendiri macam mana rupa chapel yang berusia 550 tahun ni. Memang terkesima tengok, sebab mereka betul-betul maintain chapel tua ni.

Punting belakang King's College
Kami jalan sekeliling area kolej ni. Yang paling penting, orang kolej ni ada di mana-mana, just untuk pastikan tak ada sesiapa pun yang terpijak ataupun berdiri sipi-sipi dengan rumput tu (kononnya ada potensi untuk terpijak walaupun hujung rumput..fuhhh!!). Gambar punting belakang university ni adalah angle penting yang dah kami aim masa mulas-mula survey Cambridge ni. Alhamdulillah.. dapat pun!

Punting di Cam River
Mathematical Bridge
Mathematical Bridge ini mendapat nama apabila kayu-kayu disusun mengikut tangent secara bersiri. Tenang dan relaks betul tengok orang punting di sungai ni. Sesungguhnya Cambridge ni bandar lama yang sangat hijau :)

Jambatan Mengeluh (Bridge of Sighs)
Jambatan ni pula diberi nama Bridge of Sighs sebab katanya ia menyamai Bridge of Sighs di Venice (bukan ada orang mengeluh pun..hehehe). Ada kisah dongeng mengatakan jambatan ni diberi nama oleh pelajar-pelajar universiti kat sini yang mengeluh sebab nak exam..boleh ye macam tu? :)


10 comments:

  1. seriusly lepas tgk cambridge ni terasa picisan nye la university kat jepun nih..ni yg makin semangat nak melancong kt london ni haa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi nak kumpul duit dtg sini..but by that time akmal dtg, kami dah balik Malaysia..boss dah panggil masuk keje balik..hehe :)

      Delete
  2. wahhh.... cantiknyaaaaa.... untung kaklong dapat pegi sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..tambah pulak kaklong mmg suka jalan2 obersea :)

      Delete
  3. cantiknya tempat..teringin nak jejak kaki ke sana

    ReplyDelete
  4. bestnya..cuaca pun nampak cam best je...nak pegi jugak lah suatu hari nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara cuaca tak terlalu sejuk ni, kira best time utk berjalan2:)

      Delete