Pages

Monday, 16 September 2013

Palais Royal de Bruxelles (Istana DiRaja Brussels)

Palais Royal de Bruxelles (Source: Google)
Di antara tempat menarik yang sempat kami snap gambar ialah di Palais Royal de Bruxelles, atau Royal Palace of Belgium. Nasib kami baik, sebab kami memang tak plan pun untuk masuk dalam istana diraja ni. Tambah pula free admission macam ni kan. Royal Palace ni bukanlah tempat tinggal rasmi Kerabat Diraja Belgium. Tetapi istana ni dijadikan tempat untuk segala urusan rasmi kerajaan. Sampai je kat depan istana ni, ada banyak khemah, sebab kebetulan minggu lepas ada festival kat situ. Dalam masa yang sama, mata kami terpegun tengok istana yang gah ni. Terdetik di hati, 'bila pula nak dapat peluang masuk istana di negara sendiri?'

Royal Palace of Belgium
The Grand Staircase (Source: Google)
Masuk je dalam istana ni, kami terus nampak the Grand Staircase. Tangga ni sangatlah cantik dan menghubungkan tingkat bawah istana dengan bilik-bilik penting di tingkat atas. 



Pakaian rasmi yang turut dipamerkan
Kagum tengok hiasan dalam istana ni yang berteraskan putih dan keemasan ni. Yang paling suka tengok sebab bersih, sikit habuk pun tak ada, termasuklah pada cermin-cermin besar dan lampu chandelier yang banyak-banyak ni.

Bilik yang menyimpan beberapa alat muzik
(Source: Google)
Meja menulis (Source: Google)
Dan sudut terakhir yang menarik perhatian kami ialah the Grand Hall. Ruang ni sangat luas dan biasanya digunakan untuk majlis resepsi atau bankuet. Masa kami datang ni, ada pameran alat muzik Gamelan dan wayang kulit. Mula-mula rasa bangga sebab membayangkan nama Malaysia tertera kat sini. Alih-alih yang kami nampak adalah : 'Origin: Indonesia'. Eh??

Gamelan
Register corner
Keluar je dari kawasan pameran dan sebelum meninggalkan istana ni, ada disediakan buku register. Jadi, Encik Suami tak melepaskan peluang tinggal nota kat situ menandakan ada rakyat Malaysia datang melawat istana ni. Yelah..dalam buku ni kebanyakan ditulis dalam bahasa Dutch dan French. Tiba-tiba ada bahasa Melayu.. :)

8 comments:

  1. wah best nya dapat masuk istana.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best memang best..tapi teringin nak masuk istana diraja Malaysia juga..bila la peluang nak datang ni..hehe

      Delete
  2. bertuahnya awak.. kita entah bila dapat merasa semua tu kan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki anak..Rubiatul pun insyaAllah ada peluang, sooner or later je :)

      Delete
  3. wowww... bestnya =) sgt beruntung..cntik btol kn senibina eropah ni, nk2 senibina zaman dulu2..he3..last 2 mmg terbaik Malaysia sntiasa boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting Malaysia Boleh tu..yela, wayang kulit tak letak origin Malaysia punya pasal la ni

      Delete
  4. best betul kakfarah dapat masuk istana tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deno, kak Long pun masuk juga..banyak dia amik gambar

      Delete