Pages

Sunday, 1 September 2013

How to Wash Your Hands?

Ni antara gambar famous dari NHS

Kat sini, Farah attached kat Great Ormond Street Hospital London. Hari-hari bila sampai kat desk, hadap pc je, mesti terpapar reminder wash your hand ni. Kempen ni memang meluas kat hospital-hospital kat sini. Tapi sebenarnya berapa ramai orang yang tahu cara cuci tangan yang sebenar?



Mencuci tangan dengan bersih hanya mengambil masa kita sekurang-kurangnya 15 saat (lebih kurang masa yang kita ambil untuk nyanyi lagu  ‘Happy Birthday to You’ dua kali!) Jom cuba:

1. Basahkan tangan dengan air.
2. Gunakan sabun atau handwash yang secukupnya untuk cuci seluruh
    permukaan tangan.
3. Ratakan dengan kedua-dua tapak tangan.
4. Gosok belakang tapak tangan ambil jari-jari bertaut/bersilang antara satu  
    sama lain, dan sebaliknya (vice versa)
5. Gosok kedua-dua tapak tangan sambil jari masih bersilang.
6. Bersihkan hujung jari dalam keadaan jari masih interlocked.
7. Bersihkan jari dalam keadaan rotational.
8. Bersihkan tapak tangan dalam hujung jari secara rotational.
9. Bilas sabun pada tangan.
10. Lap dengan tuala/tisu bersih.

Paling penting, galakkan anak-anak cara mecuci tangan dengan betul, tapi of course kita jadi role modelnya.. Selamat mencuba!







8 comments:

  1. betul semua cara ni... deno buat CAPD kena basuh tgn mcm ni la sokmo... tapi deno punya special, kena basuh tgn selama 5 minit$$

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting cara basuh tangan ni..sebab bila masak pun, kalau tangan tak bersih, kita blh spread germs dlm makana. Deno lg kena bersih, sbb involve dgn sistem dlm badan:-)

      Delete
  2. thanks kak farah share benda nie ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah Nad..sekadar berkongsi :)

      Delete
  3. Kadang-kadang kita ni cuci tangan cincai jer... Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kita ambil mudah..penting especially bila kita memasak kat rumah :)

      Delete
  4. jarang orang ikut cara cmni kan..alasan biasanye takde masa..jom kita ubah !! :P

    ReplyDelete