Pages

Monday, 30 September 2013

Jet Lag and Fever

Dah lama sangat Farah tak update blog. Maklumlah kelam kabut macam-macam hal nak settle down. Rumah pun dah setahun tak bermop, tak bercuci..banyak betul benda nak buat. Yang paling tak tahan, kami tiga beranak jet lag selama 2 hari. Body clock ikut UK timing. Pening betul, orang bangun, kita tidur. Orang tidur, kita bangun.. teringat masa mula-mula sampai UK, macam ni jugak kisahnya kami. 
Jet lag, souce : Google
Tak cukup dengan jet lag.. Irfan naik rash kat badan dan muka pun jadi merah sebab panas. Hopefully he will adapting very soon. Dah pulih jet lag, sambung dengan demam. My little son, be a strong boy! Plus you need to learn to be independent. Our life in KL is very hectic. Be prepared! Hehe

Source : Google
Hopefully following this week, Farah boleh sambung blogwalking balik as usual. KL life, please be kind and don't harsh on me :)

Tuesday, 24 September 2013

Our story : Overweight baggage

Dalam dua tiga hari memang penat packing. Paling penat sebab overweight baggage..

Sumber Google
Beg kami melebihi kuota iaitu 90kg. Ishhh..bawa balik anak gajah ke apa.. jenuh memikirkan apa lagi yang boleh dikeluarkan untuk kurangkan berat. Anyway, bila barang dah checked-in dan masuk dalam flight nanti, baru hati akan lega.. (lambat pula masa berlalu).. 

Friday, 20 September 2013

Real Story : Online Shopping, Too Good To Be True

Sumber: google

Kisah benar yang terjadi kat kami sejak sebulan lalu. Kisahnya ada seorang kawan dari Malaysia. Kononnya nak kirim kasut Fitflop dari UK, dengan harapan boleh join shipping sekali dengan barang kami. Farah suggest Fitflop online UK website yang Farah sangat pasti, memang original site.

Original site Fitflop UK
Tapi kawan ni search lagi dan jumpa page lain, yang katanya jauh lebih banyak diskaun. Ok lah, dari niat asal nak beli sepasang kasut, dia end up beli 6 pasang kasut dan dialamatkan ke rumah kami di London. Sampai hari untuk shipping, kasut belum sampai. Encik husband dah mula smells something fishy. Dia buka website tu:

Fitflop online UK 
Boleh klik pada link yang Farah letak tu. Memang sekali tengok, macam tak ada apa yang pelik. Bila tengok contact us, aikkk.. kenapa personal email, bukan email company ni.. alamat pun tak ada. Sales sampai 83%..Mak aii!! Farah pergi Royal Mail, rumah jiran-jiran, call Parcel Force dan last sekali, Custom UK. Haa baru tau, kasut tu kena rampas oleh kastam UK. Lepas beberapa hari, dapat surat pulak dari UK Border Agency..Risau la takut jadi kes.

Surat dari UKBA
Nak lupus!
Dan akhir sekali, masa tengah tulis entri ni, Fitflop.com email kami untuk sahkan bahawa website tersebut memang menjual barang non-genuine. Harap-harap kawan kami tu dapat lah refund kasut-kasut yang diorder tu ..bukan sikit. Worth RM1000 untuk 6 pasang tu! Sekadar berkongsi cerita :)







Malaysian News : Bayi meninggal di pusat asuhan

Ya Allah..minggu depan kami nak balik Malaysia..duk berkira-kira Child Day Care mana yang sesuai nak hantar. Irfan tak pernah  berenggang dengan kami sejak lahir. Haish..belek FB, tengok ada pula kawan share news ni:

Sumber: Harian Metro
Kalau sebelum ni Farah paranoid..rasanya bila baca berita macam ni, paranoia tu bertambah-tambah lagi. Memang lah kes-kes macam ni adalah minoriti..tapi psychological impactnya tu yang tak tahan. 

Semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan segala urusan bila balik nanti.

Tuesday, 17 September 2013

As I Watched Him Grow, Subhanallah!

September 2012, a year ago
A year has passed by and I flipped through the memory of having you in my life. Thank you Allah as I was given chance being a mother to this little child. An unerasable experience of giving birth and watched him grow.



Photo taken yesterday at Lady Diana Memorial Garden, Hyde Park, London
"Pigeons, ducks and swans! I'm chasing after you!"

Young little man, may Allah grant you with His bless and momma and papa love you till Jannah. Hugs and kisses :)

Monday, 16 September 2013

Back to life, back to reality

Haaa..back to life, back to reality..tu lah status yang Farah guna dekat whatsapp sekarang.. bermakna kisah fairy tale kami di negara orang akan berakhir tak lama lagi..

Ready to ship!
Bye-bye! 

Barang-barang dah siap packed dan hantar untuk shipment pun minggu lepas. Haish..nampaknya hospital dan lab dah memanggil suruh masuk kerja balik..kena hadap traffic jammed Shah Alam-KL through NKVE, my routine route for the past 6 years!

All my bags are packed I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
But the dawn is breakin' it's early morn
The taxi's waitin' he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh baby, I hate to go

Lagu Leaving on a Jet Plane by John Denver..all time favourite, nak datang London, dengar lagu ni, nak balik pun kena dengar lagu ni juga..hihi

Palais Royal de Bruxelles (Istana DiRaja Brussels)

Palais Royal de Bruxelles (Source: Google)
Di antara tempat menarik yang sempat kami snap gambar ialah di Palais Royal de Bruxelles, atau Royal Palace of Belgium. Nasib kami baik, sebab kami memang tak plan pun untuk masuk dalam istana diraja ni. Tambah pula free admission macam ni kan. Royal Palace ni bukanlah tempat tinggal rasmi Kerabat Diraja Belgium. Tetapi istana ni dijadikan tempat untuk segala urusan rasmi kerajaan. Sampai je kat depan istana ni, ada banyak khemah, sebab kebetulan minggu lepas ada festival kat situ. Dalam masa yang sama, mata kami terpegun tengok istana yang gah ni. Terdetik di hati, 'bila pula nak dapat peluang masuk istana di negara sendiri?'

Royal Palace of Belgium
The Grand Staircase (Source: Google)
Masuk je dalam istana ni, kami terus nampak the Grand Staircase. Tangga ni sangatlah cantik dan menghubungkan tingkat bawah istana dengan bilik-bilik penting di tingkat atas. 



Pakaian rasmi yang turut dipamerkan
Kagum tengok hiasan dalam istana ni yang berteraskan putih dan keemasan ni. Yang paling suka tengok sebab bersih, sikit habuk pun tak ada, termasuklah pada cermin-cermin besar dan lampu chandelier yang banyak-banyak ni.

Bilik yang menyimpan beberapa alat muzik
(Source: Google)
Meja menulis (Source: Google)
Dan sudut terakhir yang menarik perhatian kami ialah the Grand Hall. Ruang ni sangat luas dan biasanya digunakan untuk majlis resepsi atau bankuet. Masa kami datang ni, ada pameran alat muzik Gamelan dan wayang kulit. Mula-mula rasa bangga sebab membayangkan nama Malaysia tertera kat sini. Alih-alih yang kami nampak adalah : 'Origin: Indonesia'. Eh??

Gamelan
Register corner
Keluar je dari kawasan pameran dan sebelum meninggalkan istana ni, ada disediakan buku register. Jadi, Encik Suami tak melepaskan peluang tinggal nota kat situ menandakan ada rakyat Malaysia datang melawat istana ni. Yelah..dalam buku ni kebanyakan ditulis dalam bahasa Dutch dan French. Tiba-tiba ada bahasa Melayu.. :)

Saturday, 14 September 2013

Segmen Simple & Mudah

Segmen simple dan mudah by Yumida! Jom santai hujung minggu sambil bersegmen :)


Farah sibuk sikit last 2 weeks..ni baru sempat nak join segmen. Farah dah ikut list syarat penyertaan tu, kecuali sekarang kat London. Tapi minggu depan dah nak balik Malaysia for good pun..harap dikira cukup syarat la juga..hehe

Jom!! Tarikh tutup 21 September 2013 tau!

Friday, 13 September 2013

Couple budak sekolah?

Last 2 weeks, kami ada tetamu dari Malaysia, kami panggil kak long. Kakak sulung kepada blogger comel Deno. Masa ni lah baru kami ada peluang ada photographer nak tolong snap kan gambar kami bertiga. Dan setiap kali kak long tolong snap gambar, dia akan cakap kat kami "korang ni macam couple budak sekolah lah..babysit baby orang".. hai laaaa kak long, kami bukan setakat kecik, jiwa pun muda lagi (walaupun dah join kategori 3 series next year)..hehe

Irfan di Green Park, London
Ni gambar Irfan yang kami 'babysit' ye kak long..hehe! Anyway, thank you so much sebab sudi melawat dan spend time dengan kami kat sini. Mohon maaf mana-mana hospitality kami yang kurang ye..see you soon in Malaysia!

Couple budak sekolah, bak kata kak long ;)

Brussels : The Grand Place

The welcoming Brussels
Entry ni kira sequel to cerita weekend kami di Brussels. Tempat penting yang wajib singgah adalah Grand Place. Kat sini terdirinya bangunan-bangunan attractions dalam susunan empat segi, sehingga membentuk satu kawasan lapang yang luas kat tengah-tengah. Kebetulan masa kami datang ni, ada event 'Beer Weekend Festival' la pula..so bila start malam, mula la bahaya..sebab diorang ni dah start mabuk beramai-ramai. Anyway, ni antara 'hasil tangkapan' kami kat sini:

Town Hall, bangunan yang sama di malam hari
Ukiran pada Town Hall
Kalau diperhatikan pada gambar Town Hall kat atas tu, setiap pillar pada dinding Town Hall ni ada statue yang berlainan rupa. Kami pun terkesima tengok, macam mana lah Belgian ni rajin sangat untuk bina satu-satu patung macam tu. 

Music band  sempena festival


Salah satu booth yang turut serta event ni
Town Hall ni macam bangunan majlis perbandaran kat sini. Pada hari yang kami sampai kat sana ni, music band majlis bandaran ni dah siap sedia untuk main lagu sempena majlis perasmian untuk acara hujung minggu ni.

Musee de la Ville de Bruxelles
Nama yang lebih senang nak sebut untuk bangunan ni ialah Museum of the City of Brussels. Kami tak sempat pun muzium ni sebab terlalu ramai orang time ni. Kononnya kat dalam bangunan ni tersimpan baju-baju yang dipakai oleh si Manneken Pis, budak yang kencing untuk padamkan kebakaran kat bandar ni dulu-dulu (mitosnya lah!). 

p/s: Farah tengah sort out gambar dalam istana Belgian, will update again :)


Reading Corner Deco

Semangat berkobar-kobar nak balik Malaysia tak lama lagi. Rumah kami tu dulu kami tinggalkan dengan basic furniture je..rasa tak sabar nak makeover rumah. Sambil santai meng'google' cari idea deco, jumpa pula ilham rak buku ni. Tapi tak tahu lah berapa cost kalau buat kat Malaysia nanti. Ni Farah share sikit idea menarik tu:




Semua gambar ni eye catchy betul! Nampak macam kena bentang proposal kat Encik Suami ni..hehe

Monday, 9 September 2013

Weekend Break : Brussels

Grand Place, Brussels
A few more weeks left in London, kisah fairy tale kami di negara orang akan berakhir tak lama lagi..lepas ni kena balik, back to reality.hehe.. Kami pilih untuk ke Brussels, the heart of Belgium. Macam biasa, kami pilih untuk naik Eurostar dari St Pancras International London untuk ke Brussels. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Apa yang Farah nak recommend kali ni is the location yang kami pilih. Kami booked Novotel Centre Noire Brussels Hotel. Hotel ni betul-betul di tengah-tengah tarikan pelancong. Kedudukannya agak strategik sebab bukan di tengah kesibukan area Grand Place ni, tapi jaraknya 5 minutes walking distance (lebih kurang 0.3 miles), kira ok lah..tak ada lah bahaya dengan orang mabuk malam minggu. Plus jimat kos sebab jalan je!

Novotell Centre Noire - Basic but cosy room
Interior hotel ni cosy dan ada fitness centre. Sangat mesra pelanggan, boleh masuk bilik awal, waiting area siap ada xbox dan pc (ni as compared to Paris ye).. Orang Belgium lebih sopan dari French, tu paling penting. Belakang hotel ni ada St Catherine Chapel. Keluar simpang dari hotel ni pulak, ada a few restoran makanan Halal (3 minutes walking) dan Metro/Tram Station - Stesen Du Brouckere. Jadi, memang makan dan transport sangatlah senang. 

St Catherine Chapel, right behind the hotel
Du Brouckere - Main road nearby hotel
Salah satu restoran halal
Tak jauh dari hotel ni, tersergam Grand Place. Tarikan utama pelancong. Kebetulan masa kami visit ni, ada Beer Weekend la pula.. tak dapat la tengok Flower Carpet yang famous kat depan Town Hall tu. Satu lagi, jangan terkejut tengok banyak patung budak kecil tengah kencing ye. Itu Manneken Pis, satu character famous kat sini. Ada beberapa mitos berkenaan patung ni. Tapi yang paling famous ialah kisah budak kecil nama Julianske. Kononnya dia telah 'urinate' di tengah bandar Brussels yang terbakar untuk selamatkan bandar ni. 

Manneken Pis, terletak di simpang Rue de I'Etuve/Stoofstraat dan Rue du Chene/Eikstraat 




Selain Manneken Pis, coklat dan waffle pun adalah tarikan utama kat sini. Paling kelakar bila tengok orang kat sini makan waffle sambil menonton si Manneken Pis ni.. Dah macam pesta pula jadinya. Anyway, bagi sesiapa yang ada plan nak ke Brussels, it is recommended to try. Walaupun mereka guna bahasa Dutch dan French, tapi so far the place are very welcoming. Kami memang tak tahu cakap both bahasa ni..tapi survived lah! :)

Thursday, 5 September 2013

W-sitting Toddler? Stop them!

Bila ada kelapangan atau newsletter baru pasal parenting, Farah akan cuba baca. And I came across dengan satu artikel ni. Teringin nak share. 

Image source : YummyMummyClub
Pernah tak kita ternampak anak kecil kita duduk macam ni terutama sekali masa tengah leka bermain, makan atau membaca? If yes, please stop them from doing this immediately. Sebabnya, kedudukan macam ni boleh menyebabkan:

  • Hip Distortion - pinggang terkehel/terpusing
  • Knee and Foot Distortion - lutut dan kaki terkehel
  • Poor Development of Core Muscles - Masalah/pembentukan otot penting (perlahan)
  • Lack of Cross-Body Coordination - Kurangnya kordinasi pergerakan badan
p/s: saya bukan majoring physiotherapy, hanya sekadar berkongsi :)

(Sumber : YummyMummyClub )

Look, who is in the house?


Tower bridge
Hubby's cousin, kak Long is already here! Kak Long ni, kakak sulung blogger comel: Deno. Dah lama tunggu tetamu istimewa ni sampai dari Malaysia! Tak sabar nak bawa gi jalan2 London. Tower bridge lagi? No problem..kami ok je, anything untuk tetamu istimewa ni, semua boleh..hihi

Irfan dapat 'babysitter' baru, jauh import ni!
Ni kali ketiga kami ke Tower bridge..tapi aktiviti jalan-jalan ni memang penat ditambah pulak dengan cuaca panas dan kering ni.. Kami sempat tengok laluan Tower bridge dibuka untuk laluan kapal. Excited lagi, macam biasa!



Tiga kali ke sini, tiga angle berlainan :)
Tower Hill

Tower Hill tepi Sungai Thames, baru ada peluang nak snap gambar..nasib baik jadi tourist guide semalam. Tower Hill ni ialah Istana Diraja Britain, merangkap kubu tepi Sungai Thames. Kat sini juga, terletaknya penjara dan tempat menjatuhkan hukuman ke atas  pesalah dan banduan pada Medieval Age (Zaman Pertengahan, 500 tahun dulu).. Dah macam cikgu sejarah British pula rasanya..hehe