Pages

Sunday, 25 August 2013

Susahkah Nak Cari Makan?


Seperti yang ramai orang tahu, London adalah di antara bandar besar di England yang mempunyai ramai masyarakat Muslim. Jadi makanan halal kat sini senang nak dapat, especially di sesetengah kawasan yang majoriti Muslim. Contoh macam area kami tinggal, Finchley (North London), memang banyak sangat butcher halal. Sepanjang Ballards Lane sepanjang 1 hingga 2 kilometer tu, ada beberapa kedai menjual daging halal. 

(Sumber dari Encik Google)


Kedai dalam gambar ni terletak di Ballards Lane, 10 minutes walking distance dari rumah kami. Kedai halal macam ni biasanya terang-terang memang ada ditulis 'Halal'. Pilihan lain, macam Tesco dan Asda  pun ada jual ayam halal.


Antara brand yang famous kat sini, Shahada



Lebih menarik lagi, ayam halal juga boleh dibeli online direct dari Tesco, Asda dan Sainsbury. Ataupun boleh guna mysupermaket ni untuk bandingkan harga sebelum order. Banyak lagi makanan halal yang boleh dibeli. Termasuklah Kicap Manis, Maggi, Laksa Instant, Sos Cili dan Perencah Brahim's yang memang diimport direct dari Malaysia. Kalau nak cari rempah ratus, serbuk kari, kunyit, semuanya ada either di Tesco ataupun kedai-kedai Pak Arab tepi-tepi jalan ni. Kalau rasa-rasa rindu nak makan nasi himpit pun boleh, sebab ada je beras yang dijual dalam pack plastik, macam Nasi Himpit Instant Nona kat Malaysia tu. 



Bagi sesiapa yang datang melawat London agak lama, jangan susah hati, restoran Malaysia ada banyak. Kalau tak sempat pergi, order online pun boleh. 30 minit je dah sampai (kat sini, semua benda pun boleh order online, walaupun ubat gigi dan bawang je)..hehe


(Sumber dari Encik Google)
Restoran Penang! ni terletak kat Westfield Shopping Mall, London. Ni antara restoran Malaysia yang pernah kami singgah. Ada banyak lagi, cuma bila makan makanan Malaysia di London, pesan saya, jangan di'convert' simbol pound kat depan tu. Follow je nombor pricing tu sebab Kuey Tiao goreng kat sini, boleh mencecah GBP7 sepinggan, teh tarik pula sampai GBP2.. Tapi, bila dah rindu Malaysia, pejam mata bayar juga..hehe


Antara restauran yang famous kat sini : Pak Ali, TukDin, Melur, Bonda Cafe dan banyak lagi. Boleh refer link ni Malaysian Restaurant. Satu menu yang paling saya tak sangka famous ialah Satay dan kuah kacang. First time ada jamuan di university, ada beberapa kawan (dari Nigeria, Hong Kong dan Greece) minta masakkan satay. Rupa-rupanya setiap kali ada food festival kat sini, diorang akan serbu Malaysian Stall, cari satay (bangga betul jadi anak Malaysia..hehe)

Matsalleh pun sibuk nak jual satay, tapi tak halal

Order online : Hungryhouse
Subway Halal - kena baca sign, sebab tak semua halal

Antara restoran halal di Finchley
Cukuplah entri yang panjang berjela ni. Dah macam karangan SPM pun. Drop me comment kalau ada apa-apa kemusykilan ye :)

14 comments:

  1. snang gak dapat makanan halal kat sana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang sebab ramai Muslim..:)

      Delete
  2. masa nad pegi sana pun makan subway je sebab halal dan murah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nad..subway tu kira murah bila beli ikut set (of course bila kita tak convert value ringgit dia)..hehe

      Delete
  3. mantap kot london..senang je kalau nak makan ape2 kan..kat jepun cam susah sikit >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ramai Middle East kan..diorang kebanyakannya jadi tokey kedai halal kat sini

      Delete
  4. he3 menarik =) bnyak je rupanya yang halal..igtkn susah..woww gbp7?? ha3, kalau tukar rm dan jual kt Malaysia dgn harga 2..alamaknya lingkup la kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you singgah sini fais..entri ni specially dedicated atas idea fais la:)

      kalau convert, mmg confirm tak makan lah kan..hehe

      Delete
  5. heheh...bila nk smpai sana.. :)

    ReplyDelete
  6. yg penting halal! nanti kaklong g sana, bleh la kak farah bwk g jln2, masak2 kat sana :)

    ReplyDelete