Pages

Friday, 30 August 2013

Our Home : Winter Wonderland


Finchley, UK, February 2013
Throwback. Teringat masa winter bulan Februari haritu. Tahun ni salji turun lebat dua hari je dan hanya bertahan selama seminggu. Walaupun salji hanya seminggu, musim sejuk ni tetap 3 bulan, dengan cuaca antara 4 hingga -10 degree celcius. Paling mencabar bagi kami masa tu sebab kami first timer parents dan little hero kami baru berusia lebih kurang 6 hingga 7 bulan time tu. 


Subhanallah..putih itu memang cantik
Tapi yela..salji ni memang cantik bila dia turun hari minggu, bila orang duk memanaskan badan je kat rumah. Bila esoknya orang nak pergi kerja dan hantar anak sekolah, mula lah berlumpur dan hitam. Maknanya salji pun sama je macam banjir kat Malaysia. Bila dah surut, mesti kena cuci :)


Depan rumah, lumpur dan slippery

Bukan setakat kotor, bila salji lebat, tube pun ada masa tergendala. Kalau traffic bagi bas dan kereta lagi teruk. Terbabas sana sini. Jadi musim-musim gini biasanya kena banyak sabar, rancang perjalanan kerana musim ni merupakan musim paling stress bagi semua orang kat sini. Tangan selalu dalam poket, jalan tunduk, cepat-cepat nak sampai destinasi. Tak ada masa nak beramah mesra dengan orang keliling.hehe..

Backyard yang semak pun dah berubah jadi winter wonderland

Lagi satu yang mencabar ialah nak pakaikan Irfan baju sampai 3 layers so that dia sentiasa warm walaupun kat rumah (sebab he was too small at this time). Bila dah harungi semua ni, barulah saya sedar kenapa matsalleh gembira sangat bila jumpa matahari dan musim panas :) Pengalaman banyak mengajar kami. Praise to Allah. Syukur.

4 comments:

  1. cumelnya irfan :D

    seronok dapat main ice hehe
    tapi bila da tau macam mana keadaan berada dlm sejuk memang xnak da. akk berjaya mengharunginya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 seronok la kan..pastu mula la teringat malaysia kan..hehe

      P/s: masa ni je peluang nak pakaikan baju ade telinga bagai..dh besar dia tanak dah..hehe

      Delete
  2. wah mesti seronok dapat main salji kan... sejukkk.... kalau deno duk sana, buat CAPD tak pyh pakai aircond dah kak farah.... kat sini, nak buat je bukak aircond, naik letrik.. hihi^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..bila musim sejuk..bil api kitorg pun naik, deno..sebab on heater sokmo :)

      Delete