Pages

Monday, 5 August 2013

New life, new experience, and the journey begins



Hujung minggu lepas, kami mula packing barang untuk di'ship' balik ke Malaysia. Penat fikir berapa banyak 'wooden trunk' dan berapa banyak kotak yang perlu untuk isi semua barang kami. 10 bulan di kota London, banyak juga barang kami beli. Bukan barang rumah, tapi kebanyakkannya barang Lil Hero kami..Maklumlah barang kelengkapan baby/toddler sangatlah murah di UK ni. Teringat masa mula-mula jejak kaki kat London. Lil Hero baru berumur 2 bulan setengah and I just finished my confinement period hokehhh.. Tapi sebab dapat offer belajar punya pasal, ku kuatkan juga semangat. Encik Hubby pun first time jejak kaki kat sini. Takut juga, walaupun this is my second return to UK.

Nama pun sponsor..jadi nasib kami baik lah sebab dapat Business Class tiket, Malaysia Airline Airbus A380 yang baru pulak tu. Tempat duduk tak payah cakaplah. Sangat selesa. Especially untuk flight yang jauh KLIA-Heathrow yang 13 jam ni. Penat kami makan tidur makan tidur, tengok movie, dengar lagu dan main game. Belum campur bila Lil Hero terjaga tengah malam lagi.

Duduk je kat seat, terus kami membelek buttons yang ada kat arm rest panel ni. Masuk kali ni, ini ialah kali ketiga I dapat peluang naik Business Class, cuma bezanya kali ni, Airbus A380, bukan Boeing 747. Baby bassinet ni I dah request awal-awal dekat Travel Agency, masa confirm flight. Masa ni, Lil Hero kecik lagi, jadi senang la sikit, dia asyik tidur aje..

Arm rest panel dengan macam2 button
Baby bassinet untuk Lil Hero
Screen depan mata, jauh pulak rasanya tinggalkan tanahair
KL-London
Starter untuk breakfast, sebelum tiba kat Heathrow
Sourvenir dari A380 MAS
Kami tiba di Heathrow, London lebih kurang 5 pagi. Cuaca sejuk early autumn memang boleh rasa sampai ke tulang, lebih kurang 16 C. We had a hard time dgn Immigration Officer kat Heathrow. Mula2 officer tu interview macam2. Belajar mana, suami kerja apa, siapa sponsor belajar (siap tunjukkan Financial Affidavit dari MOH lagi), siapa jaga baby, duduk mana. Tu semua boleh jawab lagi. Yang paling tak tahan, finger print Encik Hubby pulak problem. Bukan satu jari yang tak detect, sepuluh2 jari tu tak detect. Berpeluh kami dibuatnya. Lepas beberapa orang officer handle kami, siap dengan call UKBA lagi, baru la boleh verify..Fuhhh legaaa..

Sejam juga la kami sangkut dekat immigration tu.. berlari la kami gi collect bagasi kami, yang terang2 last bag yang dituntut..hehehe.. terkejut lagi sekali, tengok beg pulak penuh dengan minyak merah2, macam rempah bahan tumis. Fikir pulak, pek makanan mana la yang pecah ni.. Apa2 pun, kami berserah je, cepat2 lap, cari airport cab nak gi ke hotel. It's just the beginning, dan dugaan pun bermula :-)

2 comments:

  1. xdpt bygkan hidup di negara org kn..tp mujur dgn suami.. klu sorg2 mau menangis tiap hari..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kena bawa..penguat semangat nak belajar kat negara org..baby kecil bukan penghalang masa tu :)

      Delete