Pages

Monday, 19 August 2013

Menyewa di London Part 2: What’s Next?

Menyewa sendiri di negara orang ni memang agak mencabar. Tambah lagi bila nilai mata wang mereka jauh lebih besar dari Ringgit Malaysia kita. Masa mula-mula datang dulu, risau juga takut duit biasiswa yang ada ni tak cukup sebab lebih separuh dari duit tu memang dah confirm labur dekat sewa menyewa rumah ni. Bagi sesiapa yang akan berhijrah ke luar negara, kat sini I kongsikan a few things yang kita boleh prepare atau settle kan bila dah sampai nanti:

1. Internet dan landline phone

Zaman sekarang ni, internet tu memang dah jadi kemestian. Selain dari websites dan interactive social network ni, internet penting sangat bila nak tengok siaran TV Malaysia. Nanti tak ada lah sampai tak tahu langsung apa update terkini negara kita, especially family kita yang kita tinggalkan.

Cuba cari pakej internet dan landline yang paling optimum, murah dan cover semua atau paling banyak yang boleh. Contoh dalam case kami ni, kami ambil Talktalk, bil GBP21.85 sebulan. 



Kira ok la pakej ni sebab ada unlimited calls dan unlimited internet downloads. So tiap-tiap hari boleh la cari siaran dari Malaysia, view je, tak payah download.

2. Satellite TV

Either subscribe pakej TV yang ada or boleh je jimat cara kami, beli Bush Freesat Box je. Murah GBP30. Decoder dia macam decoder Astro. Cuma bezanya decoder ni tarik siaran through satellite tanpa monthly bill,kira  free digital TV. Tapi tak boleh demand. Ikut mana channel yang boleh view je lah. So far, kami puas hati je :)

Bush Freesat Box

3. TV licence

Dah ada TV, kena bayar lesen TV la ye.. bukan setakat tu, kalau tak ada TV, ada laptop atau komputer pun tetap kena bayar. Masa datang haritu, terdetik, syukur lah kat Malaysia dah hapus lesen TV ni. Kalau tak, ada yang buat frame kat kebinet TV tu..macam dulu-dulu tu.. Sesiapa yang perlu semak charges rate dan apply, boleh buka webpage UK TV LICENCE 

4. Travel Card

Travel card ni penting sangat, paling jimat bagi sesiapa yang perlu travel dalam UK hari-hari. Kalau kat London, paling famous is Oyster Card, boleh dapat kat TFL. Kalau student, boleh apply student discounted card, tapi WAJIB isi form kat page diorang dan tunggu pengesahan dari University (TFL akan contact University). Kat UK ni banyak prosedur, kadang-kadang benda remeh je, tapi kena go through macam-macam hal. Yang paling penting, SABAR :)


(Image from : TFL - student ) 
Oyster card ni boleh guna untuk both London Underground Tube dan London Bus (bus double decker merah tu).. 

4 benda ni antara perkara paling penting kat sini. Nanti I will share lagi, cara nak buka akaun bank sini (Local UK account), council tax exemption dan info perubatan :)










2 comments:

  1. nice sharing..biasanya orang anggap semua org tinggal oversea kaya2..padahal separuh scholar habis dkt rumah dah >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..teringat masa mula2 dtg sini dulu, we had hard time settling down..hehe

      Delete