Pages

Thursday, 8 August 2013

Marlin Serviced Apartment, Empire Square

Naik cab dari airport Heathrow dalam cuaca yang sejuk dingin, sekali dengan rasa berdebar mengenang apa lah nasib kami sekeluarga kat kota London ni. Sepanjang perjalanan ni cab driver kami mood tak baik, sebab baru lepas gaduh dengan sorang passenger China. Tak tahu apa yang mereka bertekak, alih2 passenger tu tak nak naik dan terpaksa la kami naik. Perjalanan nak ke Marlin Serviced Apartment Hotel ni terasa lama sebab jammed di pagi hari, rush hour kan.. Tambah pulak, hotel ni dekat dengan London Bridge, tengah2 bandar. Kami kena charge £90 untuk perjalanan yang makan masa sejam ni. Sampai kat hotel, kami tak boleh check-in lagi, sebab still awal pagi. Jadi kami tinggalkan beg kat kaunter dan keluar jalan2 area situ, sambil cari kedai halal untuk minum pagi.
London yang sibuk

Interior dalam cab
Lebih kurang tengah hari, kami ke hotel, sebab request untuk ‘early check-in’. Sanggup je kalau kena extra charge sebab kami memang dah penat sangat, nak kena rebahkan diri, berehat.



Kitchen - well equipped!
Marlin apartment - living room
Food yang sempat dipancing kat Tesco Express, sebelah hotel ni
Hotel ni not bad juga. Kalau sape2 yang datang London dan ada extra budget, boleh je try duduk hotel ni. Untung2 kalau booking awal, boleh dapat earlybird discounted price. Harga serviced apartment hotel ni ranging dari £60 – 100 semalam, lain hari lain harga.. kalau kat Malaysia pun, harga hotel lebih kurang gini jugak kan.. RM300 – 500 semalam. Apartment kami ni ada 1 bedroom, living room, bathroom, kitchen, (sekali dengan kitchen utensils – pinggan mangkuk, periuk, kuali, cooking hood, washing machine and dishwasher).Lagi satu yang penting is the central heaters. Especially bagi yang baru datang musim sejuk gini kan. Terkejut badan nanti. Hotel ni pun dekat dengan underground tube station dan Tower BridgeLondon. Jadi senang la nak jalan2. Kami memang sengaja pilih apartment ni, sebab kena duduk seminggu sebelum dapat pindah masuk rumah yang kami nak sewa nanti. Makin berdebar dibuatnya, next destination, jalan2 London dan university.

4 comments:

  1. As salam..terbang singgah dari blog Deno.

    Done follow juga ya..kalau sudi, jemput singgah dan follow blog saya ya

    http://ainimrashihah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. best la bc pengalaman kt negara org nie..

    ReplyDelete