Pages

Friday, 9 August 2013

M&M's World London

Antara tempat colourful dan menarik di London : M&M's World (MMW), yang terletak di Leicester Square London. Gedung MMW London ni dibuka pada musim panas (summer) tahun 2011. Ada banyak barang2 menarik yang boleh dibeli kat sini. Kami pun sampai naik rambang mata nak pilih barang2. Semua colourful dan menarik perhatian. Stress betul! Ada keychain, magnet (this is my favourite!!), blanket, towel, bantal, patung, pinggan mangkuk, baju..bukan gedung coklat semata2! Hehehe Nak pegi MMW ni senang sangat sebab gedung ni terletak kat tengah2 area shopping. Kalau dari Euston Underground Station, boleh terus ambil Nothern Line tube menghala ke Kennington (Southbound), stop kat Leicester Square Station (4 stops, 6 minit). Then dari Leicester Square Station tu jalan kaki je dalam 300meter (approx. 4 minit), dah sampai MMW.
Map dari London Euston ke MMW

London's tradition - Double Decker bus
Masuk je MMW ni, benda pertama kat pintu masuk is the London's tradition - Double Decker bus.. kaler merah..Biasanya sape2 yang sampai sini mesti nak amik gambar dengan bas ni. Kalau budak2 tu, siap boleh berdiri di tangga bas, sebelah driver tu..hehe.. orang tua biasanya berdiri di sisi bas je..takkan nak over dari budak2.. Bila masuk dalam gedung 4 tingkat ni, memang excited. Yang paling suka tengok is M&M yang dibubuh dalam balang besar, susun ikut colour and ada dispenser. Kira pilih, dispense masuk dalam plastik beg yang disediakan, timbang and bayar je..

Rasa mcm nak sapu semua je!
Boleh beli M&M's ikut fav colour atau beli yang dah pre-packed siap2 gini
MMW ni sentiasa penuh dengan orang
Nasib baik lah I ni ada anak lelaki sorang je.. baru umur setahun, kalu dak mau nangis sebab mesti anakanda nak macam2 benda. Lagi haru, kalau dah pandai nangis guling2 nak beli macam2 kan. Tapi kami still end up beli fridge magnet dan baju untuk our lil hero.. yang penting puas hati :-)

2 comments:

  1. best nye.. klu berjln mesti akan cr fridge magnet kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mmg hobi Farah juga..dh jadi habit sangat skrg ni.. :)

      Delete