Pages

Friday, 23 August 2013

London Eye dan Jubilee Garden

Aktiviti weekend kami, seboleh-bolehnya nak dipenuhkan dengan jalan-jalan area London. London Eye dan Jubilee Garden kira dekat dengan rumah, naik Underground Tube tu lebih kurang setengah jam je. Kami memang tak beli kereta kat sini, sebab Underground dan rumah kami, 5 minutes walking distance je.. satu lagi berdasarkan faktor cuaca kat sini, setakat berjalan kaki 1 hingga 3 kilometer tu, dah jadi rutin sihat kami.. Untuk sampai ke London Eye, paling senang naik tube ke Waterloo Station. Dari situ, jalan kaki dalam 5 minit, dah nampak London Eye gah berdiri. 


Waterloo Station




Haa.. ni pathway paling famous kat sini. Semua orang datang mesti nak ambil gambar kat sini. Tak kira musim, tak kira pokok ni ada daun ke tak..masa kami visit ni, Spring Season (musim bunga), so pokok dan daun nampak bahagia dan segar je..Colour pun terang.






Minta maaf ye..bunga purple ni saya tak tahu namanya. Tapi view ni kami snap dari satu sudut di Jubilee Garden, pukul 11 pagi. Masa ni matsalleh belum bangun lagi, belum ramai..





Bila dah tengahari macam ni, aktiviti rutin diorang ni apa lagi..berjemur ramai-ramai (jemur perut, basah ketiak)..hehehe..bawa makanan, makan aiskrim, anak-anak bermain, picnic hujung minggu lah katakan.. 



London Eye Capsule




Sepanjang South Bank walk ni, ramai la pula 'street performer'. Macam si Yoda (Star Wars) ni siap buat gaya 'peace', terapung sambil meditate..Agak-agaknya lah, macam mana si Yoda ni maintain terapung macam tu, sambil pegang sebatang kayu? "May the force within", kata pakcik Yoda..hehe




Jalan-jalan lagi, jumpa pula kawan lama ni, Abang Jack Sparrow (Pirates of the Carribean) ni.. Memang cool betul dia, layan je semua orang yang nak bergambar dengan dia. Lepas habis tanya khabar lebih kurang, kami tinggalkan Abang Jack ni, melayan peminat dia..hehehe



Tak jauh dari Abang Jack, ada pula Pakcik Darth Vader (Star Wars) tercegat tepi Sungai Thames. Kami ajak la bergambar sebab lama tak jumpa (sila abaikan jejaka jaket hitam yang nak kena slash tu).

Aktiviti kali ini, agak exciting dan menghiburkan. Dapat tengok masyarakat setempat menikmati musim bunga dengan macam-macam aktiviti. Orang yang bawa character2 filem ni pun, sporting habis. Dah mengalahkan artis pula diorang ni. Lain-lain tempat menarik yang berdekatan ialah National Film Theater, Queen Elizabeth Hall, National Theater dan Royal Fetival Hall.

Langit biru musim bunga :)





15 comments:

  1. wahhh... bestnya jalan2 di kota london...! deno berangan dalam mimpi je la... hihi^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun mengambil peluang sementara kat sini je deno..nanti kak Farah share story2 dan gambar2 lg ye darling :)

      Delete
    2. wah best tu... nanti kaklong pulak wat balik gambar byk2.. hehe...

      p/s: abah pandai pegang baby.. baby yang baru lahir pun abah pegang sebelah tangan je.. yg hairannya baby tu boleh rilex je atas lengan abah, adam khaleef pun dulu sispa tetido... hihil^^

      Delete
  2. salam kenal.. cantik pemandangan di sana..
    p.s: terima kasih sudi singgah dan follow.. aiza follow di sini balik.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini, Aiza..
      Pemandangan sini cantik ikut musim jugak..musim bunga ni yang paling cantik dan ceria :)

      Delete
  3. waahhh bestnya :D Nad x sempat naik london eye sebab ramai sangat orang masa tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan Farah ni, Nad..kami pun tak naik sebab baby kecil lagi and kami bertiga je..datang awal pagi pun orang tetap ramai..heran sungguh

      Delete
  4. bestnyee tempat ni..ada rezeki nanti teringin nak g jugak la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mesti ada rezeki Akmal nanti..kitorg pun tak lama, habih study, balik keje kat Malaysia balik, mcm biasa :)

      Delete
  5. bestnya =) teringin nk pergi bawa 1fmily..cantik je gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah seronok kalau kita share moment tu dengan family..insyaAllah ada rezeki sampai la sini :)

      Delete
  6. Replies
    1. Memang cantik kak Mia..tambah pula bila musim bunga..lg ceria :)

      Delete
  7. view dan teknik photografi mmg terbaek la..cantik gambar..

    ReplyDelete