Pages

Thursday, 8 August 2013

Eid ul-Fitri 2013

Banyak lagi cerita yang nak dishare kat sini. Tapi sebab harini dah 1 Syawal di London, jadi cerita lain tu kira back-dated lah ye..Semalam, masa orang kat Malaysia dah dapat announcement raya, kami kat sini masih tertanya-tanya bila la raya. Petang semalam kami head off ke Tesco Ballards Lane, cari bahan2 nak masak rendang and kuah kacang. Ni kira masak aje apa yang boleh, ikut bahan yang ada kat negara orang ni..janji, ada menu raya :-)

Resipi Rendang Ayam

1 peket kecik rempah rendang Adabi (30g) - ni kami bawa dari Malaysia tauuu..hehehe
1 1/2 cawan santan pekat
1 ekor ayam potong kecil
4 sudu makan minyak masak
1 batang serai (diketuk)
1-2 sudu makan kerisik (pun dari Malaysia.. hehehe)
2 helai daun kunyit  (dihiris/mayang halus)
5 helai daun limau purut (dihiris/mayang halus)
2 cawan air
1/2 sudu teh pes asam jawa
Cili boh/ cili kering yang dikisar (jika nak pedas)
Garam/gula merah dan gula secukup rasa

(Bahan untuk dikisar)
10-15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 inci lengkuas
1 batang

Cara memasak
1. Campurkan bahan kisar dengan setengah cawan air dan  rempah rendang Adabi (ganti dengan rempah kari pun boleh..)
2. Panaskan minyak dan tumis campuran bahan kisar dan rempah rendang tadi sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan cili boh/ cili kering yang dikisar (jika perlu). Masukkan serai yang diketuk.
3. Campurkan 1 1/2 cawan santan pekat dengan secawan air, kemudian masukkan ke dalam bahan yang ditumis. Masukkan kerisik garam/gula merah, sedikit pes asam jawa dan ayam. Tabur daun limau purut dan daun kunyit. Gaul.
4. Masukkan garam secukup rasa, didih dan kacau atas api perlahan sehingga kering/pekat.

Rendang in the making
Siap!

Tadaaaa... sapa kata raya di perantauan tak boleh makan rendang dan lemang? Yang penting ada usaha nak buat ye..Anyway, Salam Eid Mubarak everyone!!






2 comments: