Pages

Friday, 30 August 2013

Our Home : Winter Wonderland


Finchley, UK, February 2013
Throwback. Teringat masa winter bulan Februari haritu. Tahun ni salji turun lebat dua hari je dan hanya bertahan selama seminggu. Walaupun salji hanya seminggu, musim sejuk ni tetap 3 bulan, dengan cuaca antara 4 hingga -10 degree celcius. Paling mencabar bagi kami masa tu sebab kami first timer parents dan little hero kami baru berusia lebih kurang 6 hingga 7 bulan time tu. 


Subhanallah..putih itu memang cantik
Tapi yela..salji ni memang cantik bila dia turun hari minggu, bila orang duk memanaskan badan je kat rumah. Bila esoknya orang nak pergi kerja dan hantar anak sekolah, mula lah berlumpur dan hitam. Maknanya salji pun sama je macam banjir kat Malaysia. Bila dah surut, mesti kena cuci :)


Depan rumah, lumpur dan slippery

Bukan setakat kotor, bila salji lebat, tube pun ada masa tergendala. Kalau traffic bagi bas dan kereta lagi teruk. Terbabas sana sini. Jadi musim-musim gini biasanya kena banyak sabar, rancang perjalanan kerana musim ni merupakan musim paling stress bagi semua orang kat sini. Tangan selalu dalam poket, jalan tunduk, cepat-cepat nak sampai destinasi. Tak ada masa nak beramah mesra dengan orang keliling.hehe..

Backyard yang semak pun dah berubah jadi winter wonderland

Lagi satu yang mencabar ialah nak pakaikan Irfan baju sampai 3 layers so that dia sentiasa warm walaupun kat rumah (sebab he was too small at this time). Bila dah harungi semua ni, barulah saya sedar kenapa matsalleh gembira sangat bila jumpa matahari dan musim panas :) Pengalaman banyak mengajar kami. Praise to Allah. Syukur.

Thursday, 29 August 2013

Segmen : Deno Short Giveaway #Part2


Haa..baru sempat nak menghadap lappy harini.. terkejar2 dengan thesis writing. In supportive to segmen Deno, Farah pun join segmen ni juga :) 


 (tarikh tutup : 31 Ogos 2013 @ 11.59pm)

Wednesday, 28 August 2013

Something That We Missed!

A very important event, a very beautiful moment. My lil sister's engagement. We missed it because we are thousands miles away from home :) Anyway, congratulations to both of you darling, Efa and Zudin..Cepat2 kahwin ye. A huge congratulations also goes to my talented brother, Kashfi Zulkufli on the success of the event. 

Beautiful white theme :)

Dress by Kashfi Zulkufli

(Photo's courtesy of Maze Lensa Studio

Thank you ye Encik Photographer Favourite, Khairil Khairudin for the pictures! Too excited for the upcoming event!

Tuesday, 27 August 2013

London King's Cross Station dan Harry Porter


King's Cross Railway Station adalah terminal keretapi utama di London yang dibuka pada tahun 1852.Terletak paling atas bahagian central London, bersimpangan dengan  Euston Road and York Way (dekat dengan University College London, my so-called uni). Di sini juga terletaknya Hotel St Pancras dan St Pancras International Station yang biasanya kalau nak ke Paris, Brussels atau Amsterdam, mesti kena ambil Eurostar dari sini. Filem bersiri Harry Potter pun banyak menggambarkan kawasan di Endland, termasuklah stesyen ini.

St Pancras Hotel
Interior - St Pancras International
Salah satu pintu masuk
Signage di platform Underground Tube
Dalam filem Harry Porter, kononnya mereka naik keretapi dari King's Cross St Pancras ni ke Hogwarts. Sempena scene dalam filem tersebut, pihak stesyen ni dah sediakan/bina satu dinding dengan Signage Platform 9 3/4 dan troli yang kononnya dah separuh tembus dinding. Kami pun sama tak lepaskan peluang. Walaupun kena beratur panjang nak ambil gambar ni..



Platform Harry Porter ke Hogwarts
Susah jugak nak tiru gaya Harry (biasa la, mak yang over)
The Platform 9 3/4 Shop -tempat menghabiskan duit :) 
Barang2 ni semua untuk dijual ye, bukan display semata2 


(Source : Google images)

Tempat2 macam ni kira 'free London attraction'. Jangan tak tahu, Zoo kat sini pun cecah RM150 sorang untuk masuk. So, as part of jalan2 dan ambil gambar, tempat ni is one yang saya recommend :)

Monday, 26 August 2013

Keep Calm : Finish Your Dissertation

Tarik nafas..hembus..Tarik nafas..hembus lagi. Di waktu kecederaan ni, google logo university. Jumpa pulak banner ni..Haha..betul la tu, pesan pada semua student yang sedang berjuang:

 "Keep Calm and Finish Your Dissertation"


Anyway, another week to go! Almost to the finishing line :)

Sunday, 25 August 2013

Spotted : Proton di London

Simple entri, sekadar nak berkongsi perasaan bangga jadi anak Malaysia. Sepanjang hampir setahun kat sini, dah beberapa kali kami spotted kereta Proton. Yang sempat di-'snap' gambar hanyalah kat Finchley. Belum masuk yang berkeliaran kat tengah London lagi..hehe..anyway, ini buktinya:

Di Ballards Lane, Finchley


First time nampak, macam tak percaya. Owner Proton Saga merah ni, couple tua, local matsalleh. Pakcik yang drive ni keluar kereta, jalan pakai tongkat.


Di Briar Avenue, Finchley

Di Ballards Lane, Finchley
Ketiga2 owner kereta ni semuanya matsalleh..kami hanya mampu senyum :)

Susahkah Nak Cari Makan?


Seperti yang ramai orang tahu, London adalah di antara bandar besar di England yang mempunyai ramai masyarakat Muslim. Jadi makanan halal kat sini senang nak dapat, especially di sesetengah kawasan yang majoriti Muslim. Contoh macam area kami tinggal, Finchley (North London), memang banyak sangat butcher halal. Sepanjang Ballards Lane sepanjang 1 hingga 2 kilometer tu, ada beberapa kedai menjual daging halal. 

(Sumber dari Encik Google)


Kedai dalam gambar ni terletak di Ballards Lane, 10 minutes walking distance dari rumah kami. Kedai halal macam ni biasanya terang-terang memang ada ditulis 'Halal'. Pilihan lain, macam Tesco dan Asda  pun ada jual ayam halal.


Antara brand yang famous kat sini, Shahada



Lebih menarik lagi, ayam halal juga boleh dibeli online direct dari Tesco, Asda dan Sainsbury. Ataupun boleh guna mysupermaket ni untuk bandingkan harga sebelum order. Banyak lagi makanan halal yang boleh dibeli. Termasuklah Kicap Manis, Maggi, Laksa Instant, Sos Cili dan Perencah Brahim's yang memang diimport direct dari Malaysia. Kalau nak cari rempah ratus, serbuk kari, kunyit, semuanya ada either di Tesco ataupun kedai-kedai Pak Arab tepi-tepi jalan ni. Kalau rasa-rasa rindu nak makan nasi himpit pun boleh, sebab ada je beras yang dijual dalam pack plastik, macam Nasi Himpit Instant Nona kat Malaysia tu. 



Bagi sesiapa yang datang melawat London agak lama, jangan susah hati, restoran Malaysia ada banyak. Kalau tak sempat pergi, order online pun boleh. 30 minit je dah sampai (kat sini, semua benda pun boleh order online, walaupun ubat gigi dan bawang je)..hehe


(Sumber dari Encik Google)
Restoran Penang! ni terletak kat Westfield Shopping Mall, London. Ni antara restoran Malaysia yang pernah kami singgah. Ada banyak lagi, cuma bila makan makanan Malaysia di London, pesan saya, jangan di'convert' simbol pound kat depan tu. Follow je nombor pricing tu sebab Kuey Tiao goreng kat sini, boleh mencecah GBP7 sepinggan, teh tarik pula sampai GBP2.. Tapi, bila dah rindu Malaysia, pejam mata bayar juga..hehe


Antara restauran yang famous kat sini : Pak Ali, TukDin, Melur, Bonda Cafe dan banyak lagi. Boleh refer link ni Malaysian Restaurant. Satu menu yang paling saya tak sangka famous ialah Satay dan kuah kacang. First time ada jamuan di university, ada beberapa kawan (dari Nigeria, Hong Kong dan Greece) minta masakkan satay. Rupa-rupanya setiap kali ada food festival kat sini, diorang akan serbu Malaysian Stall, cari satay (bangga betul jadi anak Malaysia..hehe)

Matsalleh pun sibuk nak jual satay, tapi tak halal

Order online : Hungryhouse
Subway Halal - kena baca sign, sebab tak semua halal

Antara restoran halal di Finchley
Cukuplah entri yang panjang berjela ni. Dah macam karangan SPM pun. Drop me comment kalau ada apa-apa kemusykilan ye :)

Friday, 23 August 2013

London Eye dan Jubilee Garden

Aktiviti weekend kami, seboleh-bolehnya nak dipenuhkan dengan jalan-jalan area London. London Eye dan Jubilee Garden kira dekat dengan rumah, naik Underground Tube tu lebih kurang setengah jam je. Kami memang tak beli kereta kat sini, sebab Underground dan rumah kami, 5 minutes walking distance je.. satu lagi berdasarkan faktor cuaca kat sini, setakat berjalan kaki 1 hingga 3 kilometer tu, dah jadi rutin sihat kami.. Untuk sampai ke London Eye, paling senang naik tube ke Waterloo Station. Dari situ, jalan kaki dalam 5 minit, dah nampak London Eye gah berdiri. 


Waterloo Station




Haa.. ni pathway paling famous kat sini. Semua orang datang mesti nak ambil gambar kat sini. Tak kira musim, tak kira pokok ni ada daun ke tak..masa kami visit ni, Spring Season (musim bunga), so pokok dan daun nampak bahagia dan segar je..Colour pun terang.






Minta maaf ye..bunga purple ni saya tak tahu namanya. Tapi view ni kami snap dari satu sudut di Jubilee Garden, pukul 11 pagi. Masa ni matsalleh belum bangun lagi, belum ramai..





Bila dah tengahari macam ni, aktiviti rutin diorang ni apa lagi..berjemur ramai-ramai (jemur perut, basah ketiak)..hehehe..bawa makanan, makan aiskrim, anak-anak bermain, picnic hujung minggu lah katakan.. 



London Eye Capsule




Sepanjang South Bank walk ni, ramai la pula 'street performer'. Macam si Yoda (Star Wars) ni siap buat gaya 'peace', terapung sambil meditate..Agak-agaknya lah, macam mana si Yoda ni maintain terapung macam tu, sambil pegang sebatang kayu? "May the force within", kata pakcik Yoda..hehe




Jalan-jalan lagi, jumpa pula kawan lama ni, Abang Jack Sparrow (Pirates of the Carribean) ni.. Memang cool betul dia, layan je semua orang yang nak bergambar dengan dia. Lepas habis tanya khabar lebih kurang, kami tinggalkan Abang Jack ni, melayan peminat dia..hehehe



Tak jauh dari Abang Jack, ada pula Pakcik Darth Vader (Star Wars) tercegat tepi Sungai Thames. Kami ajak la bergambar sebab lama tak jumpa (sila abaikan jejaka jaket hitam yang nak kena slash tu).

Aktiviti kali ini, agak exciting dan menghiburkan. Dapat tengok masyarakat setempat menikmati musim bunga dengan macam-macam aktiviti. Orang yang bawa character2 filem ni pun, sporting habis. Dah mengalahkan artis pula diorang ni. Lain-lain tempat menarik yang berdekatan ialah National Film Theater, Queen Elizabeth Hall, National Theater dan Royal Fetival Hall.

Langit biru musim bunga :)





Thursday, 22 August 2013

Bersantai dengan Cappuccino di rumah

Bagi coffee lover, minum secawan coffee dengan kek di mana2 coffee shop yang cosy memang menjadi satu kepuasan. No matter berapa jam duduk melepak kat situ, tengok gelagat orang, tetap boleh rasa terhibur. Psychological destressed di hujung minggu. Tapi ada masanya, kita tak sempat nak keluar berpoya2 gitu. Especially bagi yang dah ada rumahtangga, weekend lah masa nak buat laundry, kemas rumah, masak menu sedap2 untuk family. So, ada lagi satu alternatif, why not kalau kita sediakan satu area yang cosy di rumah kita, dan buat sendiri coffee drinks favourite kita. Jom try cara saya buat Cappuccino:

 1. Isi kopi


2. Filter kopi ke dalam cawan 



Filter kopi sama ada 1/2 atau 2/3 cawan. Spare ruang kat atas tu untuk tuang susu dan buih-buihnya nanti.


3. Isi susu dan 'froth' susu




Step untuk frothing susu ni penting. Froth ni ialah proses susu 'ditembak dan blow' dengan steam panas sampai susu jadi berbuih. Lapisan buih hanya kat atas, layer bawah tu masih cecair macam biasa. Dah siap frothing, tuang je atas kopi. Siap!



Coffee machine yang saya pakai ni jenis biasa, yang tak ada grinder/pengisar biji kopi (yang tu mahal sampai beribu ringgit!). Bagi yang simple macam ni, function yang ada pun hanya filter kopi dan froth susu. Sekadar berkongsi pengalaman dan kecintaan saya pada kopi :)

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...