Pages

Monday, 2 December 2013

When my toddler is sick


Bila toddler kesayangan demam, semua kerja tak boleh buat. Hati pun tak senang. Tambah lagi di hujung tahun. Baki cuti pun dah tak banyak. Betullah kata pakar perubatan, ini risk yang perlu diambil bila hantar anak ke nursery. Kejap demam, kejap baik. Ikutkan hati, nak je berhenti kerja jaga anak kat rumah.

Mode: Nyanyi lagu 'Kalau aku kaya' lah gini..

Ya Allah..permudahkanlah urusan kami :)

Friday, 22 November 2013

Peaceful of Mind : Edinburgh, Scotland

Edinburgh Castle (Google)
'Recapping memory of never being away from mom in 2009' - menjadikan keinginan untuk berjalan ke tempat orang tu semakin membuak-buak. Maklumlah, Farah tak pernah jauh dari rumah dan family. Tak pernah masuk boarding school, matrikulasi pun di Shah Alam, buat degree pun di Universiti Malaya. Semuanya hanya 30 minit perjalanan dari rumah mummy di Subang Jaya (masa tu). Peluang untuk attachment di Western General Hospital, Edinburgh, Scotland memang macam dalam mimpi. Masa tu umur Farah 25 tahun. Mummy nangis masa hantar anakanda di KLIA sebab tengok kita ni kecik dan pergi sorang-sorang. Walhal anakanda tersenyum gembira. Hehehe..

Princes Street Garden berlatarbelakangkan Bank of Scotland Headquarters dan the Free Church Assembly Hall
 Princes Street garden ni memang menjadi tempat tumpuan terutama sekali di musim panas. Garden ni terletak di tengah-tengah bandar Edinburgh berdekatan dengan syurga shopping Edinburgh.

Edinburgh dari Castle Hill view (Sebelah kiri atas bukit tu adalah Edinburgh Castle)
Aktiviti selfie di Castle Hill
Gambar gediks: Edinburgh view from Castle Hill

Selain dari Castle Hill yang terletak di tengah bandar Edinburgh ni, ada lagi satu lagi bukit yang famous kat sini. Arthur's Seat dipercayai terbentuk dari sistem gunung berapi lama (kira-kira 350 juta tahun) dulu. Bukit ni menjadi tumpuan orang mendaki/hiking. Jangan terkejut, ada yang cycle ke atas tu juga.

Arthur's Seat
Kalau ke Edinburgh dengan masa yang limited, jangan risau, seharian memang cukup sangat kalau setakat nak pusing tempat-tempat penting di Edinburgh ni.

Street performer: Traditional Bagpipe dan Man wearing Scottish Kilt
St Gile's Cathederal
Street performance
Street performance
Palace of Holyroodhouse di tepi kaki Arthur's Seat
Bila tengok gambar lama ni, rasa rindu nak ke sana lagi. Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi..Saya tunggu husband saya jadi kaya lah..hihihi (keep dreaming, girl!)

Thursday, 21 November 2013

Boosting My Long Lost Mood


Oh mood.. Where do I find you. Dah dekat dua bulan balik for good, masih tak sempat merajinkan diri untuk meng-update blog. Mungkin sebab daily tasks yang sememangnya banyak, bercampur dengan emosi yang agak kacau bilau dan stress yang menimbun di ofis. 

Betul lah, dunia Farah kat sini sangat hectic. 6.30 pagi dah ada atas jalan raya dan 6.30 petang baru sampai rumah. Mencari rezeki namanya. Anyway, syukur pada Allah kerana masih mampu berdiri walau diuji macam-macam.

Nak blogwalking balik!

Saturday, 12 October 2013

Kerja Kita Ibadah Kita

Human Chromosome (Google Image)

Dah hampir 2 minggu Farah masuk kerja. Sibuknya lifestyle Farah kat KL ni, Allah je yang tahu. Kes-kes patient yang nak di-analyze dan nak report out berderet menunggu. Kesian patients. Kalau ikutkan penat, memang dah lama colapse. Tapi Farah selalu cakap kat junior scientists lain untuk motivate diorang, analyze kes patients ni, buatlah seperti mana kita nak orang urgentkan atau prioritizedkan kes anak kita sendiri kalau anak kita sakit. Sedih bila mengenangkan orang yang kerja di hospital kerajaan ni, buat sambil lewa je. Ingatlah..kerja kita membantu pesakit adalah salah satu ibadah dan boleh jadi sebagai saham kita di akhirat. Nothing else yang kita nak kejar. 

Chromosome analysis yang hari-hari kena hadap, hehehe.. (Google image)

Dan bagi Farah, orang yang kerja di hospital ni ada banyak sangat peluang nak dapat pahala yang berlipat ganda, selain amalan kita yang lain. So please.. jom kita kerja kerana Allah :)

Monday, 30 September 2013

Jet Lag and Fever

Dah lama sangat Farah tak update blog. Maklumlah kelam kabut macam-macam hal nak settle down. Rumah pun dah setahun tak bermop, tak bercuci..banyak betul benda nak buat. Yang paling tak tahan, kami tiga beranak jet lag selama 2 hari. Body clock ikut UK timing. Pening betul, orang bangun, kita tidur. Orang tidur, kita bangun.. teringat masa mula-mula sampai UK, macam ni jugak kisahnya kami. 
Jet lag, souce : Google
Tak cukup dengan jet lag.. Irfan naik rash kat badan dan muka pun jadi merah sebab panas. Hopefully he will adapting very soon. Dah pulih jet lag, sambung dengan demam. My little son, be a strong boy! Plus you need to learn to be independent. Our life in KL is very hectic. Be prepared! Hehe

Source : Google
Hopefully following this week, Farah boleh sambung blogwalking balik as usual. KL life, please be kind and don't harsh on me :)

Tuesday, 24 September 2013

Our story : Overweight baggage

Dalam dua tiga hari memang penat packing. Paling penat sebab overweight baggage..

Sumber Google
Beg kami melebihi kuota iaitu 90kg. Ishhh..bawa balik anak gajah ke apa.. jenuh memikirkan apa lagi yang boleh dikeluarkan untuk kurangkan berat. Anyway, bila barang dah checked-in dan masuk dalam flight nanti, baru hati akan lega.. (lambat pula masa berlalu).. 

Friday, 20 September 2013

Real Story : Online Shopping, Too Good To Be True

Sumber: google

Kisah benar yang terjadi kat kami sejak sebulan lalu. Kisahnya ada seorang kawan dari Malaysia. Kononnya nak kirim kasut Fitflop dari UK, dengan harapan boleh join shipping sekali dengan barang kami. Farah suggest Fitflop online UK website yang Farah sangat pasti, memang original site.

Original site Fitflop UK
Tapi kawan ni search lagi dan jumpa page lain, yang katanya jauh lebih banyak diskaun. Ok lah, dari niat asal nak beli sepasang kasut, dia end up beli 6 pasang kasut dan dialamatkan ke rumah kami di London. Sampai hari untuk shipping, kasut belum sampai. Encik husband dah mula smells something fishy. Dia buka website tu:

Fitflop online UK 
Boleh klik pada link yang Farah letak tu. Memang sekali tengok, macam tak ada apa yang pelik. Bila tengok contact us, aikkk.. kenapa personal email, bukan email company ni.. alamat pun tak ada. Sales sampai 83%..Mak aii!! Farah pergi Royal Mail, rumah jiran-jiran, call Parcel Force dan last sekali, Custom UK. Haa baru tau, kasut tu kena rampas oleh kastam UK. Lepas beberapa hari, dapat surat pulak dari UK Border Agency..Risau la takut jadi kes.

Surat dari UKBA
Nak lupus!
Dan akhir sekali, masa tengah tulis entri ni, Fitflop.com email kami untuk sahkan bahawa website tersebut memang menjual barang non-genuine. Harap-harap kawan kami tu dapat lah refund kasut-kasut yang diorder tu ..bukan sikit. Worth RM1000 untuk 6 pasang tu! Sekadar berkongsi cerita :)







Malaysian News : Bayi meninggal di pusat asuhan

Ya Allah..minggu depan kami nak balik Malaysia..duk berkira-kira Child Day Care mana yang sesuai nak hantar. Irfan tak pernah  berenggang dengan kami sejak lahir. Haish..belek FB, tengok ada pula kawan share news ni:

Sumber: Harian Metro
Kalau sebelum ni Farah paranoid..rasanya bila baca berita macam ni, paranoia tu bertambah-tambah lagi. Memang lah kes-kes macam ni adalah minoriti..tapi psychological impactnya tu yang tak tahan. 

Semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan segala urusan bila balik nanti.

Tuesday, 17 September 2013

As I Watched Him Grow, Subhanallah!

September 2012, a year ago
A year has passed by and I flipped through the memory of having you in my life. Thank you Allah as I was given chance being a mother to this little child. An unerasable experience of giving birth and watched him grow.



Photo taken yesterday at Lady Diana Memorial Garden, Hyde Park, London
"Pigeons, ducks and swans! I'm chasing after you!"

Young little man, may Allah grant you with His bless and momma and papa love you till Jannah. Hugs and kisses :)

Monday, 16 September 2013

Back to life, back to reality

Haaa..back to life, back to reality..tu lah status yang Farah guna dekat whatsapp sekarang.. bermakna kisah fairy tale kami di negara orang akan berakhir tak lama lagi..

Ready to ship!
Bye-bye! 

Barang-barang dah siap packed dan hantar untuk shipment pun minggu lepas. Haish..nampaknya hospital dan lab dah memanggil suruh masuk kerja balik..kena hadap traffic jammed Shah Alam-KL through NKVE, my routine route for the past 6 years!

All my bags are packed I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
But the dawn is breakin' it's early morn
The taxi's waitin' he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh baby, I hate to go

Lagu Leaving on a Jet Plane by John Denver..all time favourite, nak datang London, dengar lagu ni, nak balik pun kena dengar lagu ni juga..hihi

Palais Royal de Bruxelles (Istana DiRaja Brussels)

Palais Royal de Bruxelles (Source: Google)
Di antara tempat menarik yang sempat kami snap gambar ialah di Palais Royal de Bruxelles, atau Royal Palace of Belgium. Nasib kami baik, sebab kami memang tak plan pun untuk masuk dalam istana diraja ni. Tambah pula free admission macam ni kan. Royal Palace ni bukanlah tempat tinggal rasmi Kerabat Diraja Belgium. Tetapi istana ni dijadikan tempat untuk segala urusan rasmi kerajaan. Sampai je kat depan istana ni, ada banyak khemah, sebab kebetulan minggu lepas ada festival kat situ. Dalam masa yang sama, mata kami terpegun tengok istana yang gah ni. Terdetik di hati, 'bila pula nak dapat peluang masuk istana di negara sendiri?'

Royal Palace of Belgium
The Grand Staircase (Source: Google)
Masuk je dalam istana ni, kami terus nampak the Grand Staircase. Tangga ni sangatlah cantik dan menghubungkan tingkat bawah istana dengan bilik-bilik penting di tingkat atas. 



Pakaian rasmi yang turut dipamerkan
Kagum tengok hiasan dalam istana ni yang berteraskan putih dan keemasan ni. Yang paling suka tengok sebab bersih, sikit habuk pun tak ada, termasuklah pada cermin-cermin besar dan lampu chandelier yang banyak-banyak ni.

Bilik yang menyimpan beberapa alat muzik
(Source: Google)
Meja menulis (Source: Google)
Dan sudut terakhir yang menarik perhatian kami ialah the Grand Hall. Ruang ni sangat luas dan biasanya digunakan untuk majlis resepsi atau bankuet. Masa kami datang ni, ada pameran alat muzik Gamelan dan wayang kulit. Mula-mula rasa bangga sebab membayangkan nama Malaysia tertera kat sini. Alih-alih yang kami nampak adalah : 'Origin: Indonesia'. Eh??

Gamelan
Register corner
Keluar je dari kawasan pameran dan sebelum meninggalkan istana ni, ada disediakan buku register. Jadi, Encik Suami tak melepaskan peluang tinggal nota kat situ menandakan ada rakyat Malaysia datang melawat istana ni. Yelah..dalam buku ni kebanyakan ditulis dalam bahasa Dutch dan French. Tiba-tiba ada bahasa Melayu.. :)

Saturday, 14 September 2013

Segmen Simple & Mudah

Segmen simple dan mudah by Yumida! Jom santai hujung minggu sambil bersegmen :)


Farah sibuk sikit last 2 weeks..ni baru sempat nak join segmen. Farah dah ikut list syarat penyertaan tu, kecuali sekarang kat London. Tapi minggu depan dah nak balik Malaysia for good pun..harap dikira cukup syarat la juga..hehe

Jom!! Tarikh tutup 21 September 2013 tau!

Friday, 13 September 2013

Couple budak sekolah?

Last 2 weeks, kami ada tetamu dari Malaysia, kami panggil kak long. Kakak sulung kepada blogger comel Deno. Masa ni lah baru kami ada peluang ada photographer nak tolong snap kan gambar kami bertiga. Dan setiap kali kak long tolong snap gambar, dia akan cakap kat kami "korang ni macam couple budak sekolah lah..babysit baby orang".. hai laaaa kak long, kami bukan setakat kecik, jiwa pun muda lagi (walaupun dah join kategori 3 series next year)..hehe

Irfan di Green Park, London
Ni gambar Irfan yang kami 'babysit' ye kak long..hehe! Anyway, thank you so much sebab sudi melawat dan spend time dengan kami kat sini. Mohon maaf mana-mana hospitality kami yang kurang ye..see you soon in Malaysia!

Couple budak sekolah, bak kata kak long ;)

Brussels : The Grand Place

The welcoming Brussels
Entry ni kira sequel to cerita weekend kami di Brussels. Tempat penting yang wajib singgah adalah Grand Place. Kat sini terdirinya bangunan-bangunan attractions dalam susunan empat segi, sehingga membentuk satu kawasan lapang yang luas kat tengah-tengah. Kebetulan masa kami datang ni, ada event 'Beer Weekend Festival' la pula..so bila start malam, mula la bahaya..sebab diorang ni dah start mabuk beramai-ramai. Anyway, ni antara 'hasil tangkapan' kami kat sini:

Town Hall, bangunan yang sama di malam hari
Ukiran pada Town Hall
Kalau diperhatikan pada gambar Town Hall kat atas tu, setiap pillar pada dinding Town Hall ni ada statue yang berlainan rupa. Kami pun terkesima tengok, macam mana lah Belgian ni rajin sangat untuk bina satu-satu patung macam tu. 

Music band  sempena festival


Salah satu booth yang turut serta event ni
Town Hall ni macam bangunan majlis perbandaran kat sini. Pada hari yang kami sampai kat sana ni, music band majlis bandaran ni dah siap sedia untuk main lagu sempena majlis perasmian untuk acara hujung minggu ni.

Musee de la Ville de Bruxelles
Nama yang lebih senang nak sebut untuk bangunan ni ialah Museum of the City of Brussels. Kami tak sempat pun muzium ni sebab terlalu ramai orang time ni. Kononnya kat dalam bangunan ni tersimpan baju-baju yang dipakai oleh si Manneken Pis, budak yang kencing untuk padamkan kebakaran kat bandar ni dulu-dulu (mitosnya lah!). 

p/s: Farah tengah sort out gambar dalam istana Belgian, will update again :)